Sunday, 5 November 2017

Pengenalan

Assalamualaikum & selamat sejahtera....hai, saya Adam Darwisy pelajar Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana Shah Alam.
Alhamdulillah....berjaya juga Adam create blog sendiri untuk projek TMK sekolah 😄😎😄

Ok...Adam nak bercerita sikit ni...
Umur Adam 11 tahun. Adam ada seorang kakak. Nama dia Ainun Qursyiah. Masa mumny mengandungkan Adam, kakak yg pilih nak letak nama "Adam" untuk Adam....eh berapa banyak Adam lah...hahaahaa. kawan2 faham kan.
Sekarang kakak dah sambung belajar di UITM Seri Iskandar, Perak so Adam ada rasa sunyi sikit. Apa pun tahniah kakak dapat masuk U.

Daddy Adam bekerja di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Mummy Adam pula buat kerja freelance Talent Agency. Mummy supply pelakon tambahan, sesiapa yang berminat boleh la contact Adam ye...😊
Adam pernah aktif berlakon drama,telemovie & iklan dulu pada tahun 2015 hingga 2016. Tapi sekarang dah slowdown sebab nak fokus pada pelajaran n sekolah. Tahun depan dah nak UPSR dah...huhu

Masa lapang selalunya Adam akan bermain bola sepak dan badminton dengan kawan2. Kawan2 baik Adam semua tinggal dalam taman perumahan yang sama. Kami juga selalu pergi surau sama2. Adam juga suka tolong mummy memasak n buat kek.

Adam suka pergi makan angin & makan2. Adam suka pergi Cameron Highland, Port Dickson dan Melaka. Adam suka Cameron Highland sebab cuaca nya sejuk dan Adam dapat makan buah strawberi dgn coklat. Daddy mesti bawa kami ke Ladang Teh Boh untuk minum teh di sana. Nyaman sangat. Adam juga suka ke Janda Baik boleh mandi sungai dan merasai suasana kampung.

Makanan kegemaran Adan ialah ayam goreng, macam Upin Ipin kan 😁😁😁. Selain itu Adam suka makan sea food, chicken & cheese (Hot n Roll), chezy beef burger (Burger King), ais krim coklat dan banyak lagi. Air favourite Adam pula teh o ais, sirap ais & milo ais.

Restoran makanan laut kegemaran Adam ialah Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan dan Restotan Nasi Kukus Sotong Besar Batu Belah di Klang juga. Kawan2 patut cuba makanan kat restoran ni memang sedap dan fresh.
Restoran West Plate seksyen 23 Shah Alam pula menjadi pilihan jika Adam teringin nak makan lamb chop atau chicken chop.

Adam ada 2 ekor kucing kesayangan nama dia Black dan Simba. Seekor warna hitam dan seekot lagi warna oren.

Last sekali sudi sudilah follow blog Adam yang newbie ni.. 😗😗😉😉
Adam sayang mumny, daddy kakak n semua. Masih belum terlambat nak ucap Happy Birthday & Happy Mothers Day untuk mummy cayang.
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1437H, banyak kan beramal & semoga amalan kita diterima olehNYA Aminnnn....


















Cuti Cuti Malaysia 💕

Assalamualaikum & selamat sejahtera kawan kawan...Harap semua sihat dan ceria selalu.
Adam nak berkongsi cerita sikit ni....Pada cuti Hari Kebangsaan & Raya Qorban baru baru ni, Adam telah bercuti ke negeri Terengganu.

Banyak tempat tempat menarik yang Adam dan keluarga sempat lawat antaranya ialah Muzium Negeri Terengganu, Pusat Batik Noor Arfa, Pasar Payang, Santuari Gajah, Masjid Kristal dan lain lain lagi. Boleh tengok gambar yang Adam share kat sini.

Kami sekeluarga juga tak melepaskan peluang untuk memcuba makanan popular di sini seperti keropok lekor, satar dan ikan celup tepung. Memang sedap la kawan kawan, Adam bagi 5 bintang.

Kawan kawan boleh lah melawat ke negeri Terengganu sempena tahun melawat Terengganu pada tahun 2017 ini. Anda pasti puas hati melawat "Beautiful Terengganu".












Aktiviti masa cuti sekolah 😎😎😎

Assalamualaikum & hai semua...Apa khabar kawan2 semua? Adam harap semua sihat dan ceria selalu serta bertenaga di musim peperiksaan ini.

Ok, hari ni Adam nak kongsi cerita mengenai aktiviti Adam di masa lapang. Percaya tak kalau Adam bgtau yg Adam suka tlg ibu saudara di gerai burger...haaaa itu lah aktiviti Adam jika berkunjung ke rumah ibu saudara yg Adam panggil Mak Long ini.

Mak Long dan Pak Long Adam ada berniaga burger di Taman Song Choon,Simpang Pulai di Perak. Tiap kali menziarahi mereka pasti Adam akan turun padang untuk menolong mereka berniaga. Seronok bila dapat buat perkara yg baru dan menyeronokkan ni.

Waktu berniaga adalah pada jam 6.30 hingga 12 malam atau sehingga stok habis. Menu yg disediakan adalah seperti burger ayam, burger daging, hotdog, banjo dan banyak lagi. Harga juga masih murah dan berpatutan di Perak ni hehehe...

Jadi kepada kawan2 jika anda berada di sekitar Simpang Pulai jom la singgah di gerak burger Mak Long. Sebut nama Adam untung2 boleh dapat diskaun hahaha.

Jaga diri ya kawan2 di musim kemarau ini. Banyak kan minum air ya. Selamat beristir





ehat 😉

Cerita "Suprised"...😍

Hai kawan2....Assalamualaikum semua..
Semoga semua ceria hari ni esok lusa dan hari2 seterusnya 😉

Adam nak tanya, semua kawan Adam suka suprised tak..??? Dah agak dah mesti semua suka kan jika orang buat kejutan dekat kita, tambah2 lagi bila orang yg kita paling sayang yg buat kejutan tu.

Haaa ni lah yg Adam nak kongsikan sikit ni...
Kalau nak tau Mummy Adam ni seorang yang suka buat kejutan. Mummy Adam suka bila tengok anak2 happy. Mummy cakap kalau nampak kami happy dan ceria mummy lah orang paling bahagia.

Baru baru ni semasa ulangtahun hari lahir Adam dam kakak mummy Adam buat kejutan, mummy buat kek pulut kuning tiga tingkat untuk kami. Siap dengan hiasan yang cantik. Lebih syok lagi mummy siapkan rendang ayam sekali. Alhamdulillah terima kasih mummy. Seronok kami dan kawan2 menjamu selera.

Paling terkini, kejutan dari mummy ialah jeng jeng jeng....Kami shell out di rumah. Adam, kakak dan daddy tak sangka dapat makan ala2 shell out kat rumah. Semua seronok kami makan dengan seleranya sambil bersembang. Seronoknya dapat makan semeja dengan keluarga bagi Adam inilah cara untuk merapatkan lagi hubungan keluarga.

Terima kasih mummy. Kami sayang mummy 😙😙😙