Sunday, 5 November 2017

Cuti Cuti Malaysia 💕

Assalamualaikum & selamat sejahtera kawan kawan...Harap semua sihat dan ceria selalu.
Adam nak berkongsi cerita sikit ni....Pada cuti Hari Kebangsaan & Raya Qorban baru baru ni, Adam telah bercuti ke negeri Terengganu.

Banyak tempat tempat menarik yang Adam dan keluarga sempat lawat antaranya ialah Muzium Negeri Terengganu, Pusat Batik Noor Arfa, Pasar Payang, Santuari Gajah, Masjid Kristal dan lain lain lagi. Boleh tengok gambar yang Adam share kat sini.

Kami sekeluarga juga tak melepaskan peluang untuk memcuba makanan popular di sini seperti keropok lekor, satar dan ikan celup tepung. Memang sedap la kawan kawan, Adam bagi 5 bintang.

Kawan kawan boleh lah melawat ke negeri Terengganu sempena tahun melawat Terengganu pada tahun 2017 ini. Anda pasti puas hati melawat "Beautiful Terengganu".












No comments:

Post a Comment