Sunday, 5 November 2017

Aktiviti masa cuti sekolah 😎😎😎

Assalamualaikum & hai semua...Apa khabar kawan2 semua? Adam harap semua sihat dan ceria selalu serta bertenaga di musim peperiksaan ini.

Ok, hari ni Adam nak kongsi cerita mengenai aktiviti Adam di masa lapang. Percaya tak kalau Adam bgtau yg Adam suka tlg ibu saudara di gerai burger...haaaa itu lah aktiviti Adam jika berkunjung ke rumah ibu saudara yg Adam panggil Mak Long ini.

Mak Long dan Pak Long Adam ada berniaga burger di Taman Song Choon,Simpang Pulai di Perak. Tiap kali menziarahi mereka pasti Adam akan turun padang untuk menolong mereka berniaga. Seronok bila dapat buat perkara yg baru dan menyeronokkan ni.

Waktu berniaga adalah pada jam 6.30 hingga 12 malam atau sehingga stok habis. Menu yg disediakan adalah seperti burger ayam, burger daging, hotdog, banjo dan banyak lagi. Harga juga masih murah dan berpatutan di Perak ni hehehe...

Jadi kepada kawan2 jika anda berada di sekitar Simpang Pulai jom la singgah di gerak burger Mak Long. Sebut nama Adam untung2 boleh dapat diskaun hahaha.

Jaga diri ya kawan2 di musim kemarau ini. Banyak kan minum air ya. Selamat beristir





ehat 😉

No comments:

Post a Comment